
Melaka
Sewa kereta ke Melaka
Melaka, Bandaraya Warisan Dunia UNESCO, terkenal dengan sejarah Kesultanan Melayu, bangunan zaman Portugis dan Belanda, serta makanan seperti asam pedas, cendol dan satay celup. Perjalanan dari Sepang cuma sekitar satu setengah jam, jadi ia pilihan popular untuk percutian hujung minggu atau day trip.
Tempat menarik di Melaka
- Bangunan Merah (Stadthuys) dan Menara Jam
- Jonker Street, dengan pasar malam pada hujung minggu
- A Famosa dan Bukit St. Paul
- Menara Taming Sari
- Melaka River Cruise di sepanjang Sungai Melaka
- Perjalanan
- Lebih kurang 1 jam 30 minit dari HQ Sepang atau KLIA melalui Lebuhraya Utara-Selatan.
- Kereta disyorkan
- Kereta kompak lebih mudah untuk parking di bandar lama; MPV seperti Alza untuk keluarga besar.
- Tips
- Parking di kawasan Bandar Hilir terhad pada hujung minggu. Parking di hotel atau mall berdekatan dan berjalan kaki.


